Saturday, January 25, 2020

SL1M training life

Tajuk ni sebenarnya lama dah nak share. Dah tempek tajuk kat blog dah. Cuma tak karang je dan teruslah ber 'draf' kat situ. HAHA. Tak berkesempatan nak menaip. HEHE. So ni terpanggil lak nak menaip. Ecah dulu sempat la ber 'SL1M'. HAHA. Apa tu SL1M? Bukan slim kurus tu eh. Tapi Program Skim Latihan 1 Malaysia haa. Program ni adalah untuk fresh graduate yang baru nak tahu environment bekerja sebelum ke dunia pekerjaan yang sebenar. Macam training la. Dapat la elaun bulanan kerajaan bagi dalam RM1500 sebulan tak silap. Lupa sudah.

So, lepas je ecah habis belajar dalam bulan 1 tahun 2017 dan belum konvo lagi. Ecah decide nak try SL1M je dulu. Sebabnya habis belajar ecah kahwin bulan 3 tahun tu. HEHE. So, elok je menetap di KL dapat panggilan dari Khazanah Nasional SL1M partnership dengan Talent Suites dan dapat offer tu. Sebelum nak dapat SL1M tu, ecah ada mohon di Job Malaysia bahagian SL1M dan SL1M pun ada menelefon dan whatssapp. Banyak company yang turut serta dalam program SL1M ni. Antaranya TM, MIMOS dan lain-lain lagi. Tapi seingat ecah, ecah ada dapat 2, 3 tawaran company. Di Penang dan KL. Tapi di Penang, ecah memang tolak sebabnya ecah akan menetap di KL ikut husband ecah. So di KL pula ecah ada dapat MIMOS. Tapi ecah tolak juga sebab jauh tak silap di Petaling Jaya kot. So ecah dapat company di Putrajaya.

Dapat tu bukan terus bekerja di company ya. HEHE. Tapi perlu jalani softskill training dulu di Shah Alam under Khazanah. Ni untuk ecah la. Kawasan mengikut negeri yang ditetapkan la. So training la ecah di Shah Alam selama dua minggu tak silap ecah. Dengan menunggang motosikal je dengan kawan se uni.

Ecah time tu dengan batch N5. Program tu start dalam bulan 4 tahun 2017 camtu. Macam-macam softskill diajarkan pada masa tu dan sangat membuka minda terutama buat fresh graduate yang nak memulakan pekerjaan. Dari segi strategi kewangan, idea, presentation, brainstorm dan banyak lagi tapi dah tak ingat. HAHA. Peram lama sangat nak cerita. Kan dah tak ingat. HEHE. Ecah tunjuk gambar jela.

Persiapan untuk pembentangan

Kreativiti sendiri buat topi menggunakan kertas manila

Time ni main game pass ingatan. Last sekali betul atau tak sampai maklumat seperti masa mula-mula terima maklumat. HAHA. Yang ni kelakar dah jadi apa dah last sekali.

Tapi tak sampai dua minggu, ecah dapat offer kerja di syarikat swasta yang kerja hakiki ecah sekarang. Jadinya tak sempat la ecah masuk company di Putrajaya under SL1M tu. HEHE. Tapi bayaran elaun masih ada dalam 10% camtu anggaran RM100 tak silap. Sempat pengalaman softskill training jela di Shah Alam. Tu pun ecah macam beruntung juga sebab banyak juga pengalaman dan memori dengan kawan-kawan baru.




Sekian. Sharing cerita ecah. Daa. =)

Tuesday, January 7, 2020

Dalam proses nak ceraikan susu/wean-off anak

Bila baca pengalaman mommy2 nak wean off anak rasa turut sedih hati ni. Bila anak terpaksa dilepaskan dari pelukan ibu dah nanti. UWAAAA. Dan cabaran untuk wean off pun sangat besar.

Anak ecah sekarang dah masuk setahun 10 bulan lebih. Lagi 1 bulan lebih je lagi cukup 2 tahun direct breast feeding. Ecah memang nekad nak cukupkan 2 tahun direct feeding then ecah akan wean off anak. Bukan apa, humaira pun yang jenis kuat susu dan menempel juga. Sabar jela ibu. HAHAHA. Kadang sampai sakit badan juga direct feeding lama sangat. HEHE. Semoga pahala ibu susukan anak kan. Pernah humaira tidur direct feeding sampai kesudah bangun la masih susu. HAHA. 



Masa setahun 6/7 bulan dulu ecah dah start cuba bagi humaira susu tepung jenama fernleaf full cream. Alhamdulillah result PASS. Humaira nak minum susu tu. Then, ada try juga bagi Fresh Milk Full Cream jenama Goodday juga PASS. Alhamdulillah. Ecah bagi susu ni tak kerap pun tapi humaira boleh accept dan time ni still keep BF juga. Kiranya masih belum putus.

So lepas 2 tahun ecah akan try cuba nak wean off humaira. Tak tahu la keberhasilannya macam mana kan. HAHA. Mengikut pengalaman orang, ada yang kata ambil masa anak nak lepaskan. Ada sampai berbulan bulan ambil masa. Lain anak, lain caranya kan. So ecah tak tahu macam mana humaira pula. Semoga dipermudahkan dan baik-baik saja la. Sebab tak pernah juga berpisah sehari suntuk lagi ni. HEHE.

Nak tahu result? Lepas humaira 2 tahun, ecah cerita pasal ni. Okey daa. HEHE. Sempatla ecah menaip entry sikit sebab anak pun dah tidur dan alang-alang baca wean off anak ni kat blog orang. So kita pun terus update entry la. HEHE. Janji haritu nak post pun dah terlewat. HEHE. Faham-faham la bila dah jadi mak-mak. KEHKEH. Tapi janji jangan dicapatikan. HEHE.

p/s: Mommy-mommy yang ada experience share sikit cara dan tips wean off susu anak. Leave your comments below. 

GOOOOD NIIIITEEE. 




Saturday, December 28, 2019

AZAM 2020

Assalamualaikum korang dan selamat pagi.

Dah lama ecah tak update blog disebabkan kekangan masa yang tak dapat dielakkan. HAHA. Macam busy betul kalah PM. HAHAHA. :p

Biasa lah bila dah berumahtangga dan menjadi suri rumah tangga banyak tanggungjawab nak pikul. Mana boleh duduk saja. HEHE. Dan time tu la macam-macam benda nak dibuatnya yang bermain dalam kepala otak. Tapi nak buat tu bukan terus je buat macam single dulu. HAHAHA. Dah ada anak ni, kena la manage masa dan buat jadual. Time bila nak laksanakan kerja-kerja tu. Me time ecah la kiranya.
.
So apa azam korang semua untuk tahun 2020 ni? cuba komen kat bawah dan share kat ecah. Mana tahu dengan korang komen kat bawah tu menjadi satu doa dan dimakbulkan kan. HEE. Azam ecah macam tahun lepas lagi. Cuba belajar lagi  untuk menjadi entrepreneur women yang berjaya dan cuba manage masa dengan lebih baik lagi. InshaAllah. Tak nak lalai dan leka dah. HEHE. Setiap masa tu sangat berharga tau. So pengisian rohani pun perlu setiap hari.

Dan lagi satu, ecah akan update blog ni tahun 2020 setiap minggu dengan satu post. Semoga konsisten la. HEHE. Ecah akan update dan share cerita ecah dengan info yang korang nak tahu dan share apa yang ecah tahu. Sharing is caring kan. :)

Okay tu saja. Sebelum tutup kata, korang dah beli buku planner 2020? Ecah dah beli. Jom sediakan sekarang supaya tahun 2020 nanti perancangan masa setiap hari kita dirancang dengan teratur dan yang penting bermanfaat serta lebih bermakna. InshaAllah. Ameen.

Ecah dah beli planner Syabab Adult dengan hanya rm25 sahaja. Dapat free gift pen comel.

Macam-macam design ada. Cantik sangat dan islamik. Best!

Ni design yang menjadi pilihan ecah. <3

Okay daa. Nak tanya apa-apa soalan komen bawah ye. =)




Tuesday, December 24, 2019

Sangat penting Acid Folic kepada bakal pengantin

Memandangkan ecah tengok ramai yang bakal mendirikan rumahtangga. Nak cerita la pasal acid folic ni. Maybe ada yang sudah maklum atau belum.

Acid folic ni apa? Acid folic adalah untuk mencegah atau mengelakkan daripada baby dalam kandungan cacat. Tapi ada orang kata, nanti baby besar dalam perut, susah nak bersalin. Janganlah fikir begitu. Fikir kesihatan anak dalam kandungan. Ecah dulu sebab tak tahu masa persediaan nak kahwin. Tak ambil pun. Tapi alhamdulillah nasib anak baik² saja. 😔

Acid folic ini juga ada terdapat dalam produk shaklee iaitu BComplex with acid folic. Masa checkup baby di klinik pun nurse akan provide juga acid folik semasa kehamilan.

Acid folic ini penting sebab boleh menguatkan tulang bayi, pembentukan janin yang sempurna, menguatkan rahim wanita, mengelak kecacatan pada bayi dan untuk perkembangan bayi yang sihat. Semoga bermanfaat. 😇


Saturday, April 27, 2019

Kelebihan dan ganjaran Shaklee kepada ahli Shaklee

Assalamualaikum & Happy weekend korang.

"Dah boleh senang, kenapa nak yang susah." Ungkapan remaja² sekarang. HAHA.

Betul! Shaklee bagi peluang free² je kenapa kita tak grab. Rugi tau.

Kalau buat betul², rajin, inshaAllah berjaya. Apa yang ecah bebelkan ni kan. HIHI.

Shaklee ni bagi banyak sangat la ganjaran kat pengedar dia. Sebab apa? Sebab shaklee appriciate pengguna dia dan pengedar dia.

Ganjaran apa yang shaklee bagi? Shaklee bagi...

✅dapat untung runcit
✅dapat bonus kumpulan peribadi
✅dapat bonus kepimpinan
✅dapat bonus infiniti 1.5%
✅dapat pergi trip (umrah, international trip, regional trip)

Yang ni trip untuk tahun depan tau! Bestkan...

✅dapat pengiktiraf pangkat

Conclusion is hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Rugi tak grab ohoi. Peluang depan mata. Orang lain ramai dah yang berjaya. Rugi kalau kita tak mula dari sekarang. Bukan guna modal pun.

Korang kenal irine nadia? Insta famous dan blogger tu. Dia pun dah master sekarang berbisnes shaklee. Sampai tutup dah butik fiska dia. Buat duit dengan shaklee lagi masyuk. 😍



Ini gambar irine pergi umrah tajaan shaklee.

Yang ini irine dah dapat pangkat master dengan shaklee.

Jom ecah bantu, kita sama-sama fight untuk berjaya. Ecah nak bawa mak abah ecah pergi umrah dengan tajaan shaklee ini.

wasup ecah ye untuk maklumat lanjut: KLIK SINI

Santai-santai je. HIHI.

Thursday, April 6, 2017

Review Buku FIXI - Permainan by Aiman Hazziq

Assalamualaikum dan Haiii Pembaca!

Meh CEQ review sikit cerita dalam buku yang CEQ baca. 

Buku ini menceritakan seorang Despatch bertukar sekelip mata kepada seorang yang hidup mewah dengan menyertai K-Game atau Killer Game. Permainan yang memerlukan perbuatan bunuh membunuh. Apa yang boleh saya simpulkan, sesuatu perbuatan yang berisiko tinggi atau memudaratkan atau yang tak baik, akhirnya akan memakan diri juga. Plot cerita ini lain daripada yang lain. Best.


Nak tahu lebih cerita ni, kena beli. HAHAHA. OKE bai. iolss promote kan. HEHE.

Saturday, August 27, 2016

Resepi Roti Nan Cheese

Assalamualaikum dan Hai semua...

Semalam ada laa try buat roti nan cheese. Teringin punya pasal. Sebab asyik terbayang je roti nan cheese kat kedai Barra, Bangi, Selangor. Alhamdulillah hasil daripada resepi di facebook menjadi. Lembut rotinya. Nak sedap tambah mozarella cheese banyak2 dan disertakan kuah kari untuk dimakan bersama-sama roti. Perghhh... sedap.. 

Bahan-bahan:
350gm/3 setengah cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan (rendam dalam air)
1 biji telur
1 sudu besar gula
Garam secubit rasa
4 genggam keju mozarella / ikut citarasa nak letak banyak mana
Air secukupnya

Cara-caranya:

  1. Masukkan garam, gula, yis dan telur ke dalam tepung. Gaul dan uli sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga doh menjadi betul2 lembut.
  2. Biar sebentar doh selama 15 minit bagi menaikkan doh tersebut.
  3. Kemudian, uli lagi supaya doh kenyal.
  4. Bahagikan doh kepada sederhana besar. Masukkan keju ke dalam doh sebagai inti dan bulatkan kembali.
  5. Setelah dimasukkan kesemua keju, canaikan semula doh tersebut untuk digoreng dalam kuali.

Cheese sebagai inti untuk dimasukkan ke dalam doh

Tengah menggoreng menggunakan sedikit majerin

Selamat mencuba uolss. iolss dah cuba. Anda bila lagi. HEHEHE.


Thursday, August 25, 2016

Majlis Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA di UPSI | Part 3


Assalamualaikum dan Hai Korang!

Dua minggu sebelum ni busy packing baju2 uniform SISPA untuk ke UKM bagi majlis santai bersama komandan SISPA UKM pada malam tersebut. Keesokkannya, bermula journey ke UPSI, Tanjung Malim, Perak bagi Majlis Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA kali ke 7 selama seminggu. Alhamdulillah. Sepanjang seminggu tersebut, kami semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Terima kasih tidak terhingga kepada jurulatih - jurulatih yang banyak mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar. Kami akan sentiasa kenang jasa baik jurulatih semua. Memori yang telah tercipta akan disemat dan disimpan dalam ingatan sampai bila2. Moga ukhwah yang terjalin akan kekal sampai bila2 walaupun masing2 mempunyai haluan hidup masing2. Moga kita bertemu lagi. InshaAllah dengan izinnya. =) Love U olss!!!

Selepas selesai mengambil watikah

Uniform No 3 untuk mengambil watikah sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam

Sebelum berarak masuk perhimpunan

Antara sebab sibuk. HEHE. Baiiiii! =p

Cari Tempat Praktikal | Part 2

Assalamualaikum dan Hai uolss!

Untuk part kedua busy ialah busy setelkan mencari tempat praktikal dan menunggu jawapan internship yang akan dijalani xlama lagi. Mostly and my priority memang cari tempat praktikal yang berdekatan dengan rumah coz jimat duit. HEHE. Daripada hasil "menggoggle", terdapat beberapa company yang rasa okey. Tapi kebanyakkan semuanya factory. HUHU. Jadi iolss memang call la satu2 setiap company untuk mengetahui adakah company tersebut mengambil practical student. Antara cabaran yang iolss kene hadapi ialah kawasan tempat tinggal iolss susah nak jumpa company yang berkaitan dengan bidang iolss iaitu Sains Komputer atau Teknologi Maklumat. Jadi, antara senarai company yang telah di call dan statusnya ialah:


  1. Silverstone Sdn. Bhd. Kamunting, Perak - hanya mengambil student lelaki
  2. LHDN, Taiping, Perak - xambil practical students
  3. Megah Transport Sdn. Bhd., Taiping, Perak - xambil practical students
  4. Latexx Manufacturing Sdn. Bhd., Kamunting, Perak - xambil practical IT students
  5. Optotronic Semiconductors Sdn. Bhd., Kamunting, Perak - xambil practical IT students
  6. Taiping Poly (M) Sdn Bhd, Taiping, Perak - xambil practical students
  7. Spritzer Chuan Sin Sdn Bhd, Taiping, Perak - penuh :-(
  8. Maxwell Glove Manufacturing Berhad, Kamunting, Perak - xambil practical students
  9. Toyo Tyre Sdn. Bhd., Kamunting, Perak - tunggu jawapan mengikut kekosongan
  10. Comfort Rubber Gloves Industries Sdn. Bhd., Taiping, Perak - tunggu jawapan mengikut kekosongan


Bertapa gigihnya menelefon. HUHU. Lastly, iolss dapat Toyo Tyre Sdn. Bhd department IT. Alhamdulillah. Walaupun rasa segan coz ramai lelaki kerja di toyo tyre. Ku redhakan juga. Sebab susah nak cari company lain dah. No Choice. HEHE. But i will do the best! Kawan dapat Comfort Rubber Gloves Industries Sdn. Bhd. HUHU. Baru plan nak practical sesama. xde rezeki.

Offer Letter
Maseh toyo tyre. :-) Keputusan final year project pun keluar. Alhamdulillah mencapai target yang diharapkan. Thanks to Allah. Syukur Alhamdulillah. =)


Wednesday, August 24, 2016

Jalan KL | Part 1

Assalamualaikum dan Hai korang!!!

Lamakan xdengar cerita.. HAHA.. *perasan! macam ada orang nak baca je. KUIKUIKUI.. Post kali ni bukan nak cerita mengenai Pokemon Go. HAHA. Just nak share apa yang berlaku sepanjang iolss xpost di blog ni je. Iolss membusykan diri dengan family dan hal2 personal sebenarnya. HEHE.

Firstly, pergi KL. cuti2 Malaysia gitu. Selama 4 hari 3 malam. Awal bulan Ogos yang lalu. Hanya mengikut impian adik bongsu ku, Mohammad Nizam. Katanya nak naik KLCC tower. Nak lalu di skybridge. Jadi pagi Jumaat, kami pergi ke KLCC menaiki public transport iaitu KTM dari Padang Jawa -> KL Sentral -> KLCC. Harga tiket RM 40 ringgit untuk dewasa. If ada kad student dapatlah discount RM 5 ringgit. *xsilap

DI luar KLCC
Spread your LOVE

Skybridge, KLCC
Tercapai sudah impiannya. HEHE
Selepas itu, jalan-jalan di Jalan Tar, Masjid India. Hanya cuci-cuci mata je. Keesokkannya, jalan-jalan di sekitar Shah Alam iaitu Taman Botani dan keesokkannya lagi di pantai morib, Selangor.

Sekian. Journey iolss selama 4 hari 3 malam. HEHE. *Sambungan part kedua busy melanda. HEHE. Bai uolss.

Sunday, July 24, 2016

Be Meaningful in Your Life

Assalamualaikum dan Hai!

Harini just nak cerita life sikit. HEHE... Sekarang ni bulan cuti semester. Sementara nak menunggu internship pada bulan september ni. So, dalam mencari tempat praktikal, ada la masa terluang yang xtahu nak buat apa. Jadi masa yang terluang tu sy menghabiskan dengan menghadap laptop je. HAHA... Kategori teruk x? *Jujur korang. HAHA. Menghabiskan tacup blog, belajar cara2 makeup. HAHA. Pastu ada mencari info mengenai hartanah. Berkobar-kobar untuk mengumpul duit beli rumah. HEHE. Jadi sy nak share sikit website yang sy baca info mengenai hartanah ni. Ini dia http://ariffshah.com/. Boleh la mengunjungi website Tuan Ariff. Banyak sangat info. Tips2 buat orang yang fist nak beli rumah pun ada pada usia yang muda. Sy suka kata2nya yang memberi semangat. Seperti ini: 


Maseh. Be the best in your life. =)

Saturday, July 16, 2016

Newbie dunia blog

Assalamualaikum dan hai...
takut x gambar hantu ni?? HAHA. 

Firstly, sy perkenalkan diri sedikit la nuh. Sy Noraisah. Just call me ecah jela. Umur sy?? biar la rahsia. *rahsia la sangatt. tangan di bahu mata diatas. HAHA. oke2 sambung balik. Sy dah tahu lama about dunia blogger ni since 2010. Time tu iolss tengah study Diploma. Ada la terniat dihati nak menulis di blog ni. Dah bukak lama pun akaun blog ni. Tapi sampai sekarang baru rasa betul2 nak menaip di blog ni. sadis. HAHA. kira dah ketinggalan zaman kan i. HUHU. Tapi sebenarnya berlegar dalam otak ni, malu nak berblog. *malu org baca la katakan. Ade ke nak baca?? puih2. HAHAHA. Tapi i memang pemalu uollss. Oke. Tujuan sy berblog ni matlamat utama adalah untuk share2 segala ilmu yg sy perolehi samada zaman belajar di sekolah, politeknik dan U serta zaman hidup membujang with family tercinta ni. ECEH. Di samping untuk sy membuat rujukan kembali ilmu2 yg sy dapat kat dalam blog ni. Selain itu, sy akan ceritakan la sikit pengalaman hidup dan moment2 yg sy lalui. Dan dengan adanya blog ni, berguna juga buat tunjuk kat bakal2 anak cucu nanti. HAHAHA. enough! Itu saja. Ada masa lagi sy menulis post yg seterusnya. Tunjuk ajarku sifu. im newbie.