Saturday, August 27, 2016

Resepi Roti Nan Cheese

Assalamualaikum dan Hai semua...

Semalam ada laa try buat roti nan cheese. Teringin punya pasal. Sebab asyik terbayang je roti nan cheese kat kedai Barra, Bangi, Selangor. Alhamdulillah hasil daripada resepi di facebook menjadi. Lembut rotinya. Nak sedap tambah mozarella cheese banyak2 dan disertakan kuah kari untuk dimakan bersama-sama roti. Perghhh... sedap.. 

Bahan-bahan:
350gm/3 setengah cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan (rendam dalam air)
1 biji telur
1 sudu besar gula
Garam secubit rasa
4 genggam keju mozarella / ikut citarasa nak letak banyak mana
Air secukupnya

Cara-caranya:

  1. Masukkan garam, gula, yis dan telur ke dalam tepung. Gaul dan uli sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga doh menjadi betul2 lembut.
  2. Biar sebentar doh selama 15 minit bagi menaikkan doh tersebut.
  3. Kemudian, uli lagi supaya doh kenyal.
  4. Bahagikan doh kepada sederhana besar. Masukkan keju ke dalam doh sebagai inti dan bulatkan kembali.
  5. Setelah dimasukkan kesemua keju, canaikan semula doh tersebut untuk digoreng dalam kuali.

Cheese sebagai inti untuk dimasukkan ke dalam doh

Tengah menggoreng menggunakan sedikit majerin

Selamat mencuba uolss. iolss dah cuba. Anda bila lagi. HEHEHE.


Thursday, August 25, 2016

Majlis Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA di UPSI | Part 3


Assalamualaikum dan Hai Korang!

Dua minggu sebelum ni busy packing baju2 uniform SISPA untuk ke UKM bagi majlis santai bersama komandan SISPA UKM pada malam tersebut. Keesokkannya, bermula journey ke UPSI, Tanjung Malim, Perak bagi Majlis Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA kali ke 7 selama seminggu. Alhamdulillah. Sepanjang seminggu tersebut, kami semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Terima kasih tidak terhingga kepada jurulatih - jurulatih yang banyak mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar. Kami akan sentiasa kenang jasa baik jurulatih semua. Memori yang telah tercipta akan disemat dan disimpan dalam ingatan sampai bila2. Moga ukhwah yang terjalin akan kekal sampai bila2 walaupun masing2 mempunyai haluan hidup masing2. Moga kita bertemu lagi. InshaAllah dengan izinnya. =) Love U olss!!!

Selepas selesai mengambil watikah

Uniform No 3 untuk mengambil watikah sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam

Sebelum berarak masuk perhimpunan

Antara sebab sibuk. HEHE. Baiiiii! =p

Cari Tempat Praktikal | Part 2

Assalamualaikum dan Hai uolss!

Untuk part kedua busy ialah busy setelkan mencari tempat praktikal dan menunggu jawapan internship yang akan dijalani xlama lagi. Mostly and my priority memang cari tempat praktikal yang berdekatan dengan rumah coz jimat duit. HEHE. Daripada hasil "menggoggle", terdapat beberapa company yang rasa okey. Tapi kebanyakkan semuanya factory. HUHU. Jadi iolss memang call la satu2 setiap company untuk mengetahui adakah company tersebut mengambil practical student. Antara cabaran yang iolss kene hadapi ialah kawasan tempat tinggal iolss susah nak jumpa company yang berkaitan dengan bidang iolss iaitu Sains Komputer atau Teknologi Maklumat. Jadi, antara senarai company yang telah di call dan statusnya ialah:


  1. Silverstone Sdn. Bhd. Kamunting, Perak - hanya mengambil student lelaki
  2. LHDN, Taiping, Perak - xambil practical students
  3. Megah Transport Sdn. Bhd., Taiping, Perak - xambil practical students
  4. Latexx Manufacturing Sdn. Bhd., Kamunting, Perak - xambil practical IT students
  5. Optotronic Semiconductors Sdn. Bhd., Kamunting, Perak - xambil practical IT students
  6. Taiping Poly (M) Sdn Bhd, Taiping, Perak - xambil practical students
  7. Spritzer Chuan Sin Sdn Bhd, Taiping, Perak - penuh :-(
  8. Maxwell Glove Manufacturing Berhad, Kamunting, Perak - xambil practical students
  9. Toyo Tyre Sdn. Bhd., Kamunting, Perak - tunggu jawapan mengikut kekosongan
  10. Comfort Rubber Gloves Industries Sdn. Bhd., Taiping, Perak - tunggu jawapan mengikut kekosongan


Bertapa gigihnya menelefon. HUHU. Lastly, iolss dapat Toyo Tyre Sdn. Bhd department IT. Alhamdulillah. Walaupun rasa segan coz ramai lelaki kerja di toyo tyre. Ku redhakan juga. Sebab susah nak cari company lain dah. No Choice. HEHE. But i will do the best! Kawan dapat Comfort Rubber Gloves Industries Sdn. Bhd. HUHU. Baru plan nak practical sesama. xde rezeki.

Offer Letter
Maseh toyo tyre. :-) Keputusan final year project pun keluar. Alhamdulillah mencapai target yang diharapkan. Thanks to Allah. Syukur Alhamdulillah. =)


Wednesday, August 24, 2016

Jalan KL | Part 1

Assalamualaikum dan Hai korang!!!

Lamakan xdengar cerita.. HAHA.. *perasan! macam ada orang nak baca je. KUIKUIKUI.. Post kali ni bukan nak cerita mengenai Pokemon Go. HAHA. Just nak share apa yang berlaku sepanjang iolss xpost di blog ni je. Iolss membusykan diri dengan family dan hal2 personal sebenarnya. HEHE.

Firstly, pergi KL. cuti2 Malaysia gitu. Selama 4 hari 3 malam. Awal bulan Ogos yang lalu. Hanya mengikut impian adik bongsu ku, Mohammad Nizam. Katanya nak naik KLCC tower. Nak lalu di skybridge. Jadi pagi Jumaat, kami pergi ke KLCC menaiki public transport iaitu KTM dari Padang Jawa -> KL Sentral -> KLCC. Harga tiket RM 40 ringgit untuk dewasa. If ada kad student dapatlah discount RM 5 ringgit. *xsilap

DI luar KLCC
Spread your LOVE

Skybridge, KLCC
Tercapai sudah impiannya. HEHE
Selepas itu, jalan-jalan di Jalan Tar, Masjid India. Hanya cuci-cuci mata je. Keesokkannya, jalan-jalan di sekitar Shah Alam iaitu Taman Botani dan keesokkannya lagi di pantai morib, Selangor.

Sekian. Journey iolss selama 4 hari 3 malam. HEHE. *Sambungan part kedua busy melanda. HEHE. Bai uolss.