Tajuk ni sebenarnya lama dah nak share. Dah tempek tajuk kat blog dah. Cuma tak karang je dan teruslah ber 'draf' kat situ. HAHA. Tak berkesempatan nak menaip. HEHE. So ni terpanggil lak nak menaip. Ecah dulu sempat la ber 'SL1M'. HAHA. Apa tu SL1M? Bukan slim kurus tu eh. Tapi Program Skim Latihan 1 Malaysia haa. Program ni adalah untuk fresh graduate yang baru nak tahu environment bekerja sebelum ke dunia pekerjaan yang sebenar. Macam training la. Dapat la elaun bulanan kerajaan bagi dalam RM1500 sebulan tak silap. Lupa sudah.
So, lepas je ecah habis belajar dalam bulan 1 tahun 2017 dan belum konvo lagi. Ecah decide nak try SL1M je dulu. Sebabnya habis belajar ecah kahwin bulan 3 tahun tu. HEHE. So, elok je menetap di KL dapat panggilan dari Khazanah Nasional SL1M partnership dengan Talent Suites dan dapat offer tu. Sebelum nak dapat SL1M tu, ecah ada mohon di Job Malaysia bahagian SL1M dan SL1M pun ada menelefon dan whatssapp. Banyak company yang turut serta dalam program SL1M ni. Antaranya TM, MIMOS dan lain-lain lagi. Tapi seingat ecah, ecah ada dapat 2, 3 tawaran company. Di Penang dan KL. Tapi di Penang, ecah memang tolak sebabnya ecah akan menetap di KL ikut husband ecah. So di KL pula ecah ada dapat MIMOS. Tapi ecah tolak juga sebab jauh tak silap di Petaling Jaya kot. So ecah dapat company di Putrajaya.
Dapat tu bukan terus bekerja di company ya. HEHE. Tapi perlu jalani softskill training dulu di Shah Alam under Khazanah. Ni untuk ecah la. Kawasan mengikut negeri yang ditetapkan la. So training la ecah di Shah Alam selama dua minggu tak silap ecah. Dengan menunggang motosikal je dengan kawan se uni.
Ecah time tu dengan batch N5. Program tu start dalam bulan 4 tahun 2017 camtu. Macam-macam softskill diajarkan pada masa tu dan sangat membuka minda terutama buat fresh graduate yang nak memulakan pekerjaan. Dari segi strategi kewangan, idea, presentation, brainstorm dan banyak lagi tapi dah tak ingat. HAHA. Peram lama sangat nak cerita. Kan dah tak ingat. HEHE. Ecah tunjuk gambar jela.
Persiapan untuk pembentangan
Kreativiti sendiri buat topi menggunakan kertas manila
Time ni main game pass ingatan. Last sekali betul atau tak sampai maklumat seperti masa mula-mula terima maklumat. HAHA. Yang ni kelakar dah jadi apa dah last sekali.
Tapi tak sampai dua minggu, ecah dapat offer kerja di syarikat swasta yang kerja hakiki ecah sekarang. Jadinya tak sempat la ecah masuk company di Putrajaya under SL1M tu. HEHE. Tapi bayaran elaun masih ada dalam 10% camtu anggaran RM100 tak silap. Sempat pengalaman softskill training jela di Shah Alam. Tu pun ecah macam beruntung juga sebab banyak juga pengalaman dan memori dengan kawan-kawan baru.
Sekian. Sharing cerita ecah. Daa. =)