Sunday, February 9, 2020

Beli Online buku cerita kanak-kanak untuk Humaira

Baru-baru ni Ecah ada beli buku cerita untuk mekra sempena birthday dia yang ke 2 tahun tak lama lagi. So ecah nak mencari buku yang menarik dan banyak warna. Jadi, Ecah pilih untuk membeli dekat Bookcafe.com. Sebab apa website buku sini yang menjadi pilihan ye? Sebab ecah tengok pilihan buku dalam website ni la paling banyak. Jadinya ecah beli la 6 buku terus. Service pun terbaik. Penghantaran cepat. Banyak pilihan buku yang boleh dicari di sini. Siapa ulat buku tu boleh la dapatkan dekat sebelah kanan banner yang ecah share tu. Just click je kat banner tu terus bawa ke website bookcafe.com. Selamat membeli belah ilmu. Sharing is caring. :)


Ni la hasil tangkapan daripada bookcafe.com. Mommy is happy. :)

Saturday, January 25, 2020

SL1M training life

Tajuk ni sebenarnya lama dah nak share. Dah tempek tajuk kat blog dah. Cuma tak karang je dan teruslah ber 'draf' kat situ. HAHA. Tak berkesempatan nak menaip. HEHE. So ni terpanggil lak nak menaip. Ecah dulu sempat la ber 'SL1M'. HAHA. Apa tu SL1M? Bukan slim kurus tu eh. Tapi Program Skim Latihan 1 Malaysia haa. Program ni adalah untuk fresh graduate yang baru nak tahu environment bekerja sebelum ke dunia pekerjaan yang sebenar. Macam training la. Dapat la elaun bulanan kerajaan bagi dalam RM1500 sebulan tak silap. Lupa sudah.

So, lepas je ecah habis belajar dalam bulan 1 tahun 2017 dan belum konvo lagi. Ecah decide nak try SL1M je dulu. Sebabnya habis belajar ecah kahwin bulan 3 tahun tu. HEHE. So, elok je menetap di KL dapat panggilan dari Khazanah Nasional SL1M partnership dengan Talent Suites dan dapat offer tu. Sebelum nak dapat SL1M tu, ecah ada mohon di Job Malaysia bahagian SL1M dan SL1M pun ada menelefon dan whatssapp. Banyak company yang turut serta dalam program SL1M ni. Antaranya TM, MIMOS dan lain-lain lagi. Tapi seingat ecah, ecah ada dapat 2, 3 tawaran company. Di Penang dan KL. Tapi di Penang, ecah memang tolak sebabnya ecah akan menetap di KL ikut husband ecah. So di KL pula ecah ada dapat MIMOS. Tapi ecah tolak juga sebab jauh tak silap di Petaling Jaya kot. So ecah dapat company di Putrajaya.

Dapat tu bukan terus bekerja di company ya. HEHE. Tapi perlu jalani softskill training dulu di Shah Alam under Khazanah. Ni untuk ecah la. Kawasan mengikut negeri yang ditetapkan la. So training la ecah di Shah Alam selama dua minggu tak silap ecah. Dengan menunggang motosikal je dengan kawan se uni.

Ecah time tu dengan batch N5. Program tu start dalam bulan 4 tahun 2017 camtu. Macam-macam softskill diajarkan pada masa tu dan sangat membuka minda terutama buat fresh graduate yang nak memulakan pekerjaan. Dari segi strategi kewangan, idea, presentation, brainstorm dan banyak lagi tapi dah tak ingat. HAHA. Peram lama sangat nak cerita. Kan dah tak ingat. HEHE. Ecah tunjuk gambar jela.

Persiapan untuk pembentangan

Kreativiti sendiri buat topi menggunakan kertas manila

Time ni main game pass ingatan. Last sekali betul atau tak sampai maklumat seperti masa mula-mula terima maklumat. HAHA. Yang ni kelakar dah jadi apa dah last sekali.

Tapi tak sampai dua minggu, ecah dapat offer kerja di syarikat swasta yang kerja hakiki ecah sekarang. Jadinya tak sempat la ecah masuk company di Putrajaya under SL1M tu. HEHE. Tapi bayaran elaun masih ada dalam 10% camtu anggaran RM100 tak silap. Sempat pengalaman softskill training jela di Shah Alam. Tu pun ecah macam beruntung juga sebab banyak juga pengalaman dan memori dengan kawan-kawan baru.




Sekian. Sharing cerita ecah. Daa. =)

Tuesday, January 7, 2020

Dalam proses nak ceraikan susu/wean-off anak

Bila baca pengalaman mommy2 nak wean off anak rasa turut sedih hati ni. Bila anak terpaksa dilepaskan dari pelukan ibu dah nanti. UWAAAA. Dan cabaran untuk wean off pun sangat besar.

Anak ecah sekarang dah masuk setahun 10 bulan lebih. Lagi 1 bulan lebih je lagi cukup 2 tahun direct breast feeding. Ecah memang nekad nak cukupkan 2 tahun direct feeding then ecah akan wean off anak. Bukan apa, humaira pun yang jenis kuat susu dan menempel juga. Sabar jela ibu. HAHAHA. Kadang sampai sakit badan juga direct feeding lama sangat. HEHE. Semoga pahala ibu susukan anak kan. Pernah humaira tidur direct feeding sampai kesudah bangun la masih susu. HAHA. 



Masa setahun 6/7 bulan dulu ecah dah start cuba bagi humaira susu tepung jenama fernleaf full cream. Alhamdulillah result PASS. Humaira nak minum susu tu. Then, ada try juga bagi Fresh Milk Full Cream jenama Goodday juga PASS. Alhamdulillah. Ecah bagi susu ni tak kerap pun tapi humaira boleh accept dan time ni still keep BF juga. Kiranya masih belum putus.

So lepas 2 tahun ecah akan try cuba nak wean off humaira. Tak tahu la keberhasilannya macam mana kan. HAHA. Mengikut pengalaman orang, ada yang kata ambil masa anak nak lepaskan. Ada sampai berbulan bulan ambil masa. Lain anak, lain caranya kan. So ecah tak tahu macam mana humaira pula. Semoga dipermudahkan dan baik-baik saja la. Sebab tak pernah juga berpisah sehari suntuk lagi ni. HEHE.

Nak tahu result? Lepas humaira 2 tahun, ecah cerita pasal ni. Okey daa. HEHE. Sempatla ecah menaip entry sikit sebab anak pun dah tidur dan alang-alang baca wean off anak ni kat blog orang. So kita pun terus update entry la. HEHE. Janji haritu nak post pun dah terlewat. HEHE. Faham-faham la bila dah jadi mak-mak. KEHKEH. Tapi janji jangan dicapatikan. HEHE.

p/s: Mommy-mommy yang ada experience share sikit cara dan tips wean off susu anak. Leave your comments below. 

GOOOOD NIIIITEEE.