Saturday, December 28, 2019

AZAM 2020

Assalamualaikum korang dan selamat pagi.

Dah lama ecah tak update blog disebabkan kekangan masa yang tak dapat dielakkan. HAHA. Macam busy betul kalah PM. HAHAHA. :p

Biasa lah bila dah berumahtangga dan menjadi suri rumah tangga banyak tanggungjawab nak pikul. Mana boleh duduk saja. HEHE. Dan time tu la macam-macam benda nak dibuatnya yang bermain dalam kepala otak. Tapi nak buat tu bukan terus je buat macam single dulu. HAHAHA. Dah ada anak ni, kena la manage masa dan buat jadual. Time bila nak laksanakan kerja-kerja tu. Me time ecah la kiranya.
.
So apa azam korang semua untuk tahun 2020 ni? cuba komen kat bawah dan share kat ecah. Mana tahu dengan korang komen kat bawah tu menjadi satu doa dan dimakbulkan kan. HEE. Azam ecah macam tahun lepas lagi. Cuba belajar lagi  untuk menjadi entrepreneur women yang berjaya dan cuba manage masa dengan lebih baik lagi. InshaAllah. Tak nak lalai dan leka dah. HEHE. Setiap masa tu sangat berharga tau. So pengisian rohani pun perlu setiap hari.

Dan lagi satu, ecah akan update blog ni tahun 2020 setiap minggu dengan satu post. Semoga konsisten la. HEHE. Ecah akan update dan share cerita ecah dengan info yang korang nak tahu dan share apa yang ecah tahu. Sharing is caring kan. :)

Okay tu saja. Sebelum tutup kata, korang dah beli buku planner 2020? Ecah dah beli. Jom sediakan sekarang supaya tahun 2020 nanti perancangan masa setiap hari kita dirancang dengan teratur dan yang penting bermanfaat serta lebih bermakna. InshaAllah. Ameen.

Ecah dah beli planner Syabab Adult dengan hanya rm25 sahaja. Dapat free gift pen comel.

Macam-macam design ada. Cantik sangat dan islamik. Best!

Ni design yang menjadi pilihan ecah. <3

Okay daa. Nak tanya apa-apa soalan komen bawah ye. =)




Tuesday, December 24, 2019

Sangat penting Acid Folic kepada bakal pengantin

Memandangkan ecah tengok ramai yang bakal mendirikan rumahtangga. Nak cerita la pasal acid folic ni. Maybe ada yang sudah maklum atau belum.

Acid folic ni apa? Acid folic adalah untuk mencegah atau mengelakkan daripada baby dalam kandungan cacat. Tapi ada orang kata, nanti baby besar dalam perut, susah nak bersalin. Janganlah fikir begitu. Fikir kesihatan anak dalam kandungan. Ecah dulu sebab tak tahu masa persediaan nak kahwin. Tak ambil pun. Tapi alhamdulillah nasib anak baik² saja. 😔

Acid folic ini juga ada terdapat dalam produk shaklee iaitu BComplex with acid folic. Masa checkup baby di klinik pun nurse akan provide juga acid folik semasa kehamilan.

Acid folic ini penting sebab boleh menguatkan tulang bayi, pembentukan janin yang sempurna, menguatkan rahim wanita, mengelak kecacatan pada bayi dan untuk perkembangan bayi yang sihat. Semoga bermanfaat. 😇


Saturday, April 27, 2019

Kelebihan dan ganjaran Shaklee kepada ahli Shaklee

Assalamualaikum & Happy weekend korang.

"Dah boleh senang, kenapa nak yang susah." Ungkapan remaja² sekarang. HAHA.

Betul! Shaklee bagi peluang free² je kenapa kita tak grab. Rugi tau.

Kalau buat betul², rajin, inshaAllah berjaya. Apa yang ecah bebelkan ni kan. HIHI.

Shaklee ni bagi banyak sangat la ganjaran kat pengedar dia. Sebab apa? Sebab shaklee appriciate pengguna dia dan pengedar dia.

Ganjaran apa yang shaklee bagi? Shaklee bagi...

✅dapat untung runcit
✅dapat bonus kumpulan peribadi
✅dapat bonus kepimpinan
✅dapat bonus infiniti 1.5%
✅dapat pergi trip (umrah, international trip, regional trip)

Yang ni trip untuk tahun depan tau! Bestkan...

✅dapat pengiktiraf pangkat

Conclusion is hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Rugi tak grab ohoi. Peluang depan mata. Orang lain ramai dah yang berjaya. Rugi kalau kita tak mula dari sekarang. Bukan guna modal pun.

Korang kenal irine nadia? Insta famous dan blogger tu. Dia pun dah master sekarang berbisnes shaklee. Sampai tutup dah butik fiska dia. Buat duit dengan shaklee lagi masyuk. 😍



Ini gambar irine pergi umrah tajaan shaklee.

Yang ini irine dah dapat pangkat master dengan shaklee.

Jom ecah bantu, kita sama-sama fight untuk berjaya. Ecah nak bawa mak abah ecah pergi umrah dengan tajaan shaklee ini.

wasup ecah ye untuk maklumat lanjut: KLIK SINI

Santai-santai je. HIHI.